Resipi Kek Coklat Moist Bakar




Raya tahun lepas sy buat kek coklat moist bakar. Since sejak menjadi Mama, masa utk baking sangat la xda, sy potong kek tu kecik2 untuk jadikan kuih raya. Sebabnya cepat dan boleh dapat dlm kuantiti yang banyak. Sy x pernah buat kek sebelum ni so expectation pn x tgi sgt. Klu jadi, alhamdulillah. Klu x jadi, pun xpa... sob sob sob. Gambar pinjam dr SINI sebab ni entri tahun lepas sebenarnya... Hahaha... 

Resipi ni dapat dri blog Cik Nor ..... Sy rs arahan dan bahan2 yg Cik Nor share senang difahami untuk orang yg jarang membaking mcm sy.. Lagipun dia pakai sukatan cawan. Senang mau follow. Lain la kalau korang memang pembaking tegar,, mesti ada penimbang semua kan.. 

Bahan A: Tepung gandum (2 cawan)
              Serbuk koko (1 cawan)
              Soda bikarbonat (1 sudu teh)      ** Semua bahan ni disatukan kemudian ayak.
              Baking powder (1 sudu teh)             Xmau ketul2 k. 

Bahan B: Telur gred A (3 biji) **sy pakai telur yg comei2 so sy guna 4 biji
              Gula yg dikisar halus (2 cawan) ** sy cuma letak 1 1/2 cawan sj
              Esen vanilla (1 sudu teh) 
              ** Satukan sekali dan pukul smpai kembang (adunan akan jadi putih) 

Bahan C: Susu sejat (1 cawan)
              Minyak jagung (1 cawan)  ** sy pakai minyak masak.. =)

Bahan D: Air Suam (1 cawan)

Cara2: 

1. Dalam bekas adunan Bahan B td (better pakai bekas besar), masukkan Bahan C. Pukul smpai sebati. Untuk mengelakkan permukaan kek merekah, pastikan Bahan B dengan Bahan C tu x terlebih pukul.

2. Kemudian, masukkan bahan A (yang telah diayak) sedikit demi sedikit. Sebatikan dan make sure x berketul2 tau.

3. Akhir sekali, lepas da sebati, masukkan bahan D. 

4. Masukkan dalam loyang pilihan anda. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Klu nak tau sama ada kek anda da betul2 masak, cucuk dengan kayu sate, atau kayu pecungkil gigi tu. Kalau kayu tu bersih masa korang keluarkan dr kek, maknanya da masak. Yay!!!

Untuk hiasan, bole refer blog Cik Nor k... For cawan, nelly just pakai cawan yg sama untuk sukat setiap bahan tersebut. Senang... Selamat mencuba.


No comments:

All Right Reserved to As Told by Nelly | Template Design by Cik Jari Manis